Tuesday, September 20, 2016

Wednesday, September 7, 2016

Tuesday, September 6, 2016

Siri-Siri 2001-2007

Pameran 2007 berkumpulan

katalog Pameran Solo Pertama 2006

Anugerah Philip Morris 2001, Kurasa Kuasa

Anugerah Philip Morris 2001, Kurasa Kuasa
pameran solo ke 2

Pameran di Bangkok, Thailand

"Eastern Pattern"2016

2016
"Eastern Pattern"
2'x2'
mix media
2016

Monday, September 5, 2016

Pameran Berkumpulan Terkini 19 Oktober 2016, Galeri Prima ,NSTP, Kuala Lumpur

Pameran Berkumpulan Terkini 19 Oktober 2016, Galeri Prima ,NSTP, Kuala Lumpur

Karya Eksperimental Sambungan Siri "Kurasa Kuasa"

Sebahagian daripada karya experiment yang pernah dihasilkan dan di pamerkan
di muzium dan galleri krabi, thailand 2013.

experimentasi siri karya ini masih diteruskan bagi melihat temuan-temuan baru
yang bakal muncul. Idea ini datang pada tahun 2002 melalui beberapa siri lakaran
"kurasa Kuasa"2001 yang telah menjadi hak milik sepenuhnya Balai Seni Visual Negara.

#Karya ini masih dalam simpanan peribadi saya.
Mh370,Art Seni GAllery,kl
Shahrul Anuar Shaari
Kurasa Kuasa, Philip Morris Asean Art Award 2001

Bersama panel ICAP USM- En Fuad Osman dan rakan rakan -Prof Fauzan Omar, Prof Razif serta pelajar Master Mixmode.

Tak jauh dengan Studio

subjek ransangan dalam berkarya itu mesti ada..jangan main khayal ja.

Thursday, September 1, 2016

artikel 

Sebahagian saja

Koleksi karya tahun 2007 dari simpanan Collector

karya karya dalam koleksi Mr.Khai & Annei Lee 

Eastern Motives : Read 1

Karya
2
Tajuk
Eastern Motives : Read 1
Tahun
2016
Saiz
31 inci x 21 inci
Media
Mix media
Nama Artis
Shahrul Anuar Shaari
Harga
RM2500

Wednesday, August 31, 2016

Carta Konsep Karya

Kerangka Konsep belum siap sepenuhnya..bakal disambung lagi pecahanya.

Carta Konsep Karya yang digunakan dalam menerangkan faktor "why?" dalam karya yang dihasilkan, tindakan menerangkan faktor why ini penting untuk memperjelaskan setiap karya yang disifatkan abstrak tidak hanya dibaca dalam bahasa sensasi visual (palitan bertenaga, berus, warna dan sebagainya). Persolan abstrak perlu di terangkan dalam kontekstual sebagai pendekatan memunculkan sesuatu yang bersifat ilmu. Ini hanya satu penerangan ringkas.

Merujuk kepada Nasir Baharudin di Seminar Ismail Zain, Petronas, KLCC tempoh hari 

"dengan hal yang demikian, bagaimana gaya abstrak expessionist Malaysia-apakah rujukannya-adakah sekadar satu ekspressi sapuan berus yang bertenaga atau sekadar retorik tentang jalinan warna..atau kesah dan cerita-cerita unsur peribumi.

yang perlu dan ingin di ketahui apakah makna tenaga yang ingin diucapkan dan dari mana unsur tersebut..mungkin kajianya tercetus dari teks tajul muluk..ayau teori kuantum? atau pendekatan etnografik dalam soal peribumi dan sistem sosialnya..."

dipanjangkan lagi dengan keluhan oleh Prof Sulaiman Esa dalam Katalog Pameran Senilukis Malaysia (Malaysia Art Now)...

"why buat gambar saja..mengapa hanya meniru tindakan seni Barat, kita perlukan kajian teoritikal dalam berkarya untuk menbaca dengan lebih dalam, kita perlu melahirkan pemikir seni, sejarawan seni, ahli falsafah, teoris..."

Ringkasan Penerangan Karya.

basic frame artwork

Karya
4
Tajuk
Eastern Motives : Expression 3
Tahun
2016
Saiz
31 inci x 21 inci
Media
Mix media
Nama Artis
Shahrul Anuar Shaari
Harga
RM2500

Menjelaskan hubungan makna dan bentuk dalam karya diatas, adalah berkonsepkan interkasi (interaction) diantara dua unsur hakiki yang terdapat dalam kefahaman budaya nusantara khususnnya. Interkasi (interaction) ini muncul dengan tindakan kombinasi (combination) amalan sedar dan bawah sedar selepas proses pemerhatian dan pembacaan data-data sekitar pengertian metafizik dalam budaya setempat. Fokus kajian ini dapat di lihat secara konsep nya melalui pecahan mekanisma warna yang digunakan, teknik pengolah sapuan berus, tindakan pengunaan elemen dan prinsip seni.

warna berinterasi antara panas dan sejuk, dengan teknik sapuan berus secara "kontrol" dan tidak terkawal  "dripping". Ironinya membaca karya abstrak ini perlu di lihat dalam skop konteksnya untuk meletakan perhubungan yang signifikan permaknaanya. Permainan dari tindakan kawal dan tidak terkawal wujud dalam satu masa merujuk kepada permukaan ruang kanvas atau kertas, maka faktor why itu perlu dilihat sebagai "pembolehan" memaksa letak" atau "interaksi hubungan" yang sentiasa bergabung dan bersulam dengan sempadan sempadan yang ditekuni komposisinya. Begitu juga dengan amalan tindakan sapuan berus yang diperbagaikan saiz permukaan, bahasa seni visual memvariasikan elemen garisan atau rupa sapuan untuk mendpaatkan dinamik dalam sesebuah lukisan -abstrak,arah dan tidak terarah perlu duduk semeja (permukaan ruang kanvas) bagi menentukan peranannya, ini menujukan peranan pemikiran kreatif sedar dan bawah sedar sedang menaimkan fungsinya dari takrif amalan konsep sapuan berus.

Membaca karya seni abstrak ini perlu di baca cara kontekstual untuk menerangkan rumah besarnya yang didiami.Teori falsafah fungsional dalam budaya mejurus kepada material (sifat objek) dalam terdapat dalam budaya nusantara seperti "sifat keras dalam lembut".."lembut dalam keras" "ada positif, ada negatif, " " ada objek ada bayang" menandakan sesuatu bahan, objek, persekitaran alam sekeliling itu merangkum -membawa bersama segala nilai-nilai kontras dalam satu masa- dan bersifat kolektif, ianya tidak dapat dibuang dan dinasikan peranannya.

Menyentuh hal kaedah pembacaan ini juga perlu dibawa sekali kefahaman beberapa teori seperti siemiotik, mantik, ikonografi yang dipecahkan kepada konteks simbolik, tanda, indek dan sebagainya.Melihat falfasah alam melayu dengan mengunakan imajan abstrak sebagai kulit Barat yang berkecamuk dalam takrif bentuk permukaan karya semenangnya agak sukar untuk difahamkan. Peranan kontekstual ini lah menjadi kata kunci yang boleh diperkenalkan dalam merungkai hasil karya-karya abstarak. Analisa empirikal melalui aspek ethnografi sering digunapakai melalui kaedah ini.Penilaian tentang nilai dalam budaya, adat, cara pandangan sesuatu hal dalam budaya dan mengembangkan elemen nilai pada bentuk dan jiwa budaya itu sendiri.

Melayu itu tidak dapat lagi dari Zahir dan Batin, melihat elemen Batin ini menjadi jangan jika menggunakan istilah lain seperti metafizik alam melayu, kerana Batin itu lebih sinonim dengan tatabudaya komunikasi alam Melayu. Membedah elemen Batin ini perlu mempunyai kaedah –kedah tertentu supaya ianya mampu dilihat ilmiah dalam budaya ilmu sekarang ini. Dasar keyakinan dan kepercayaan akan lebih tebal dan terarah bilamana kedah kedah untuk meleraikan Batin ini diterjemahkan secara jelas akan konsepnya. Ini lah yang menjadi delima dan paradoks kebanyakan seniman muda pabila diminta menjelaskan isi atau signifikan karya mereka.

Adakah karya seni abstrak boleh dibaca dengan menggunakan kaedah mantik? Mencari batin atau metafizik ilmu dalam wilayah pemikiran melayu dan seni visual nusantara?, persoalan ini meletakan seseorang artis itu perlu membaca lebih banyak buku-buku selain seni semata, mentakrif dengan merujuk kepada data data yang sah dalam pelbagai bidang konteks. Secara tidak langsung ini mampu melahirkan artis dan juga pemikir yang mempunyai nilai inovasi seiring dengan perkembangan arus seni semasa tidak sekadar mengulang semula imajan, motif , teknik ,bahasa yang pernah di kaji atau pernah dihasilkan sebelum ini. Walaupun proses imitasi itu juga sebahagian daripada ilmu dalam seni visual, tidak semestinya menjadi pengecuali dalam mencari bentuk bentuk baru untuk menyambung semula rangkaian ilmu yang pernah ditemui oleh seniman terdahulu.

# ringkasan
#bukan nota panjang

Kelas Seni Visual

siri study 2016